MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA JUN 2024

14 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Jun 2024 di Ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),Putrajaya.

Dalam ucapan, beliau menyeru usaha sama semua pihak bagi menjayakan penguatkuasakan peraturan kawal selia ketat terhadap rokok elektronik di bawah Akta Kawalan Produk Tembakau Demi Kesihatan Awam 2024 dengan menekankan pendekatan 'whole-of-nation approach' bagi memerangi masalah kesihatan berkaitan merokok.

KKM telah menetapkan matlamat untuk mencapai status neutral karbon bagi semua fasiliti kesihatan menjelang tahun 2045, seiring dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG).

Sejak pelaksanaan Program Kelestarian dari tahun 2015, 32 daripada 148 Hospital dan Institusi di KKM telah mendapat penarafan bangunan hijau melalui Pensijilan antarabangsa Leadership in Energy and Environmental Design (LEED), Malaysia Carbon Reduction and Environmental Sustainability Tool (MyCREST) dan Anugerah Regional Leadership Award Winner 2021 daripada US Green Building Council (USGBC).Selain itu, sebanyak 24 hospital dan institusi KKM juga telah diktiraf dengan pelbagai anugerah kecekapan tenaga sejak tahun 2019, termasuk National Energy Award (NEA) dan ASEAN Energy Award (AEA).

Majlis turut menyaksikan penyampaian hadiah Kempen Go Cashless KKM yang telah bermula pada 1 Jun 2023.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua individu yang terlibat dalam operasi hospital-hospital di Mekah dan Madinah serta penyediaan 20 buah ambulans. Amanah dan penghormatan oleh Kerajaan Arab Saudi ini merupakan yang pertama diberikan kepada sebuah pihak berkuasa kesihatan negara asing.

Dr. Dzulkefly juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani atas pencapaian penuh akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) dan berharap bahawa pencapaian ini akan menjadi pemacu bagi hospital tersebut untuk terus cemerlang dalam perkhidmatannya.

Turut Hadir, YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan).

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-14 16:32:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page