MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) DAN SHOPEE MELANCARKAN KEMPEN PEK KASIH MAMA.

15 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Kempen Pek Kasih Mama di Puncak Alam Selangor.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Shopee Malaysia telah melancarkan Kempen Pek Kasih Mama bertujuan meringankan beban keluarga dalam memperoleh barangan penjagaan bayi melalui Inisiatif kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Shopee Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak.

Dalam ucapan perasmian beliau, YB Menteri berkata kempen Pek Kasih Mama ini adalah sebuah kerjasama strategik antara Shopee dengan KKM yang mencerminkan komitmen bersama untuk menyokong komuniti tempatan. Ia juga diharapkan dapat meringankan bebanan kos sara hidup keluarga. Shopee Mum’s Club adalah sebuah komuniti yang membolehkan ibu-ibu mendapat akses pendidikan daripada pakar.

Setiap Pek Kasih Mama dipilih dan disusun dengan teliti yang merangkumi barangan penjagaan bayi dan ibu yang penting seperti lampin yang disahkan oleh KKM, tisu basah bayi, produk mandian, tuala, keperluan penyususan anak. Sebanyak 300 pek telah diedarkan kepada rakyat dan peserta kempen pada hari ini manakala baki 700 pek akan diagihkan di pelbagai acara di seluruh negara termasuk memerusi Program Madani Afiat.

Turut hadir, YBrs Encik Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-06-19 11:51:45 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page