MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN MYBRP@CKAPS IAITU SEBUAH SISTEM APLIKASI DALAM TALIAN UNTUK PERMOHONAN DI BAWAH AKTA KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA 1998 [AKTA 586], DI PUTRAJAYA.

20 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Pelancaran myBRP@CKAPS iaitu sebuah sistem aplikasi dalam talian untuk permohonan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], di Putrajaya.

Sistem ini dibangunkan secara dalaman (in-house) oleh Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS), Bahagian Amalan Perubatan di bawah Program Perubatan bagi menggantikan proses kerja manual dan dijangka dapat meningkatkan kecekapan pemprosesan permohonan, seterusnya mempercepat proses pengeluaran lesen.

Pembangunan sistem ini melibatkan empat (4) fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2027. Fasa 1(a) melibatkan Modul Pembaharuan Lesen Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta. Manakala fasa seterusnya akan merangkumi komponen tandatangan digital, ’mobile application’ bagi semakan status permohonan serta pembayaran secara dalam talian.

KKM menyasarkan untuk melibatkan 120 buah fasiliti kesihatan swasta pada fasa awal ini.

Modul pembaharuan lesen ini boleh mulai diakses pada 1 Julai 2024 di laman sesawang https://www.mybrp.moh.gov.my dan dibuka kepada pemohon dari fasiliti kesihatan swasta yang memegang lesen premis yang akan luput antara 1 Januari 2025 hingga 1 Mac 2025, iaitu enam (6) bulan hingga sembilan (9) bulan sebelum tarikh luput lesen.

Automasi proses kerja permohonan ini telah melalui semakan melalui platform Ease of Doing Business sebagai satu inisiatif bersama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan KKM.

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, KKM akan sentiasa menambah baik proses kerja dari semasa ke semasa.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr. Kuljit Singh, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), YBhg. Dato’ Dr. Jacob Thomas, Pengerusi Nexus Produktiviti Penjagaan Kesihatan Swasta (PHPN) dan YBrs. Encik Mohd Yazid bin Abd. Majid, Pengarah Bahagian Pengurusan Model dan Teknologi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-06-24 10:38:21 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page