MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN KONGRES KANSER KEBANGSAAN MALAYSIA 2024 (NCCM 2024) ANJURAN PERSATUAN KANSER KEBANGSAAN MALAYSIA (NCSM) DI UNIVERSITI SUNWAY,SELANGOR.

21 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Kongres Kanser Kebangsaan Malaysia 2024 (NCCM 2024) anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) di Universiti Sunway,Selangor.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), melalui laporan Globocan 2020, menganggarkan terdapat 19.3 juta kes kanser baharu (insiden), 9.9 juta kematian akibat kanser (mortaliti) dan 50 juta orang yang hidup dengan kanser dalam tempoh 5 tahun selepas diagnosis (prevalens).

Malaysia juga tidak terkecuali, dengan jumlah kes kanser yang dilaporkan meningkat sebanyak 46.5% untuk tempoh 2017-2021 berbanding dengan 2012-2016.

Selari dengan Rancangan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser 2021-2025, NCCM 2024 akan membincangkan cara untuk tangani pencegahan dan kawalan kanser menerusi pendekatan secara holistik.

Dengan kerjasama erat dan perkongsian ilmu dalam kalangan pakar dan pihak berkepentingan, kongres ini akan menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan strategi kawalan kanser negara.

Malaysia juga sedang membangunkan Inisiatif Kesihatan Paru-paru (Lung Health Initiative) dengan kerjasama agensi awam dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pencegahan dan kawalan kanser paru-paru. Kanser paru-paru merupakan kanser ketiga paling kerap berlaku di Malaysia dengan 95% kes telah dikesan pada peringkat akhir (Peringkat 3 dan 4).

Inisiatif ini juga akan memperkukuhkan kawalan tembakau dan merokok, termasuk rokok elektronik, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-24 10:49:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page