MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

FIESTA KOMUNITI SIHAT SEMPENA HARI KESIHATAN SEDUNIA DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2024

22 Jun 2024- YB Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Fiesta Komuniti Sihat Sempena Hari Kesihatan Sedunia dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2024 di Dataran Perkarangan dan Gelanggang Sukan Serbaguna Kampung Sungai Kechil, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Fiesta Komuniti Sihat ini bertujuan untuk menjadikan rakyat Malaysia, khususnya komuniti di daerah Seberang Perai Selatan supaya senantiasa sihat sejahtera melalui pembudayaan gaya hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Program ANMS ini bertujuan untuk mempromosikan pembudayaan hidup sihat bagi meningkatkan kesejahteraan kesihatan. Selain itu, program ini juga memupuk persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan dan memperkasakan individu dan komuniti dalam kawalan kesihatan kendiri.

Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang program ini berlangsung antaranya ialah pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, permainan interaktif, pameran-pameran agensi kesihatan, kerajaan dan swasta, pertandingan yang berkonsepkan kesihatan dan ceramah berkaitan penjagaan kesihatan.

Turut hadir, YB Tuan Gooi Zi Sen, EXCO Belia, Sukan dan Kesihatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YBrs. Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

image image image image
image image image

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani


Kemaskini pada 2024-06-24 11:03:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page