MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL SUNGAI BAKAP ,PULAU PINANG.

22 Jun 2024- YB Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan sesi taklimat berkaitan operasi harian dan isu-isu yang menjejaskan perkhidmatan, serta perancangan pembangunan Hospital Sungai Bakap. YB Menteri Kesihatan juga diberikan taklimat berkaitan perkembangan semasa perkhidmatan kesihatan di daerah Seberang Perai Selatan.

Di samping itu, YB Menteri Kesihatan turut merasmikan Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Bakap yang telah dinaik taraf baru-baru ini. Projek naik taraf ini dilaksanakan bagi mengoptimumkan penggunaan ruang yang sebelum ini digunakan oleh Jabatan Pesakit Luar, yang kini telah dipindahkan ke Klinik Kesihatan Sungai Bakap. Ini sekaligus mengatasi isu ruang yang terhad di Unit Kecemasan.

KKM juga sedang menaik taraf bangunan kuarters di hospital ini untuk dijadikan Klinik Pergigian Sungai Bakap yang kini sedang beroperasi di tingkat dua hospital ini. Kerja-kerja telah bermula sejak 26 Mac 2024 dan dijangka siap pada 26 Ogos 2024.

Pengoperasian premis klinik yang baharu ini akan memudahkan akses kepada orang ramai, terutamanya untuk warga emas, ibu mengandung dan orang kurang upaya. Selain itu, perkhidmatan pakar pergigian juga akan dapat diperluas.

KKM komited untuk memastikan perancangan pembangunan fasiliti kesihatan dilaksanakan secara holistik dan lestari. Usaha menangani isu-isu fasiliti yang tidak mencukupi, ketidakpadanan sumber rentas pelbagai peringkat perkhidmatan dan pembiayaan penjagaan kesihatan yang tidak mampan akan sentiasa menjadi keutamaan YB Menteri Kesihatan.

Turut hadir, YB Tuan Gooi Zi Sen, Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Tuan Rashidi Zinol, Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Tuan H'ng Mooi Lye, Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB Senator Dr. Lingeshwaran a/l Dato' Seri R.Arunasalam, Ahli Dewan Negara, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM dan YBrs. Dr. Fazilah binti Shaik Allaudin, Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-24 11:36:54 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page