MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SULTAN PERAK BERKENAN MERASMIKAN KLINIK KESIHATAN KUALA KANGSAR, PERAK.

24 Jun 2024- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjunjung kasih setinggi-tingginya kehadapan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Perasmian Klinik Kesihatan (Jenis 3) Kuala Kangsar, Perak. Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Klinik Kesihatan Kuala Kangsar yang telah mula beroperasi sepenuhnya pada 4 Januari 2021 ini menggunakan peruntukan sebanyak RM20.75 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11.

Kerja-kerja pembinaan bermula pada tahun 2016 untuk memenuhi permintaan yang tinggi daripada masyarakat terhadap perkhidmatan kesihatan, yang menyaksikan peningkatan pengunjung saban tahun. Kompleks ini terdiri daripada bangunan klinik dua (2) tingkat dan empat (4) unit kuarters.

Antara perkhidmatan utama yang disediakan termasuk perkhidmatan Klinik Pesakit Luar, Klinik Ibu dan Anak, Perkhidmatan Kecemasan dan Klinik Pergigian.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak; YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan; pegawai-pegawai tertinggi daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); serta pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan di sekitar Negeri Perak.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-27 11:25:51 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page