MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL KUALA KANGSAR

25 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Kuala Kangsar, Perak.

Lawatan dimulakan dengan taklimat pengoperasian Hospital Kuala Kangsar (HKK) oleh YBrs. Dr. Isma Farred bin Ishak, Pengarah Hospital Kuala Kangsar diikuti dengan taklimat oleh wakil Jabatan Kerja Raya Negeri Perak berkenaan Status Pelaksanaan Projek Pembinaan Blok Tambahan Jabatan Kecemasan dan Trauma.

YBMK dan delegasi turut melawat kawasan di sekitar hospital iaitu Unit Kecemasan & Trauma, Wad Kenanga Perempuan, Wad Kenangan O&G dan juga tapak projek HKK.

Lawatan ini dilaksanakan untuk memantau keadaan fasiliti dan kemudahan yang terdapat di hospital tersebut bagi memastikan ia berada di tahap yang baik dan kondusif dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Turut hadir, YBhg. Dato' Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBrs. Tuan Haji Zairi bin Mat Ali, Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Pembangunan KKM, YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, YBrs. Dr. Isma Farred bin Ishak, Pengarah Hospital Kuala Kangsar dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Negeri Perak.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-06-27 11:35:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page