MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PERSIDANGAN 27TH JOINT MALAYSIA - SINGAPORE NURSING CONFERENCE DI PUTRAJAYA.

27 Jun 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian persidangan 27th Joint Malaysia - Singapore Nursing Conference di Putrajaya.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjadi tuan rumah pada tahun ini bagi persidangan yang berlangsung dari 26 sehingga 28 Jun 2024.

Persidangan ini merupakan satu aktiviti dalam persefahaman antara Malaysia dan Singapura di mana sejak tahun 1995 kedua-dua negara akan bergilir-gilir menganjurkan persidangan yang telah berjaya mengeratkan bilateral partnership untuk membina satu platform bagi jururawat di kedua-dua buah negara untuk menjalinkan perhubungan professional dan sekaligus berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam meningkatkan lagi profesyen kejururawatan.

Tema persidangan tahun ini adalah "A holistic approach in rehab Nursing: Aligning Physical Phychological and Social Care" kerana perkhidmatan perubatan rehabilitasi menjadi antara bidang kepakaran perubatan yang memfokuskan rawatan rehabilitasi kepada pesakit yang mengalami masalah kefungsian yang disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti rehabilitasi spinal, rehabilitasi amputasi, rehabilitasi strok dan kecederaan otak, rehabilitasi pediatrik, rehabilitasi kardiak dan pulmonari serta rehabilitasi Post COVID-19 (Long COVID-19 Syndrome).

Jururawat memainkan peranan yang sangat penting dalam penjagaan pesakit yang mengalami masalah kefungsian. Perkhidmatan Rehabilitasi yang ditawarkan kepada pesakit akan memberi peluang kepada pesakit untuk memulihkan kembali keupayaan kognitif dan fizikal mereka.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan YBrs. Puan Devi a/p K Saravana Muthu, Pengarah Bahagian Kejururawatan KKM.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-07-01 09:10:32 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page