29 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Bulan Pemakanan Malaysia Peringkat Kementerian Kesihatan Tahun 2024 di AEON Mall Nilai, Negeri Sembilan.
Bulan Pemakanan Malaysia tahun ini disambut dengan tema ‘Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan’, selari dengan hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam membanteras peningkatan prevalen obesiti dan penyakit tidak berjangkit berkaitan pemakanan seperti diabetes dan hipertensi di Malaysia.
Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan & Sokongan Teknikal), YBrs. Cik Rusidah binti Selamat, Pengarah Bahagian Pemakanan, YBhg. Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi AEON Co. dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian, Jabatan, Agensi Persekutuan dan Negeri.
Kemaskini pada 2024-07-01 09:18:09 daripada UKK Norhanita