MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KARNIVAL KITA MADANI NEGERI SELANGOR DI KUALA SELANGOR.

30 Jun 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan Karnival Kita MADANI Negeri Selangor di Kuala Selangor.

Dalam ucapan perasmian beliau, YB Menteri Kesihatan mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Selangor kerana memilih Kuala Selangor untuk mengadakan Karnival Kita MADANI yang membawa inisiatif kerajaan.

YB Menteri Kesihatan turut menasihati semua untuk sentiasa menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan gula dan menjaga kesihatan diri dengan melakukan aktiviti senaman. Ini berdasarkan Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2023 (NHMS), separuh daripada rakyat Malaysia (dewasa) mengalami berat badan berlebihan.

Dalam majlis yang sama, YB Menteri Kesihatan turut menyampaikan watikah penubuhan kepada 45 Ketua Komuniti MADANI Zon Utara Negeri Selangor iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor serta daerah Gombak.

Turut hadir bersama, Yang Dihormatkan Dato’ Mohamad Yaacob bin Dato’ Ismail, Orang Besar Daerah Kuala Selangor dan YBrs. Encik Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-07-01 09:23:46 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page