MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENYERAHAN BANGUNAN TAMBAHAN HOSPITAL MIRI, SARAWAK.

1 Julai 2024 - YB Dato’ Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya dan YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Hospital Miri, Sarawak.

Projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Miri yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ini telah disiapkan pada 28 April 2024. Bangunan baharu setinggi lapan (image tingkat ini akan mula beroperasi pada 2 Julai 2024 secara berfasa seterusnya meningkatkan kapasiti bilangan katil Hospital Miri iaitu pertambahan sebanyak 328 katil kepada keseluruhan 677 katil dengan melibatkan tiga (3) perkhidmatan utama iaitu Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, dan Jabatan Pediatrik.

Pengoperasian ini dimulakan dengan Jabatan Kecemasan dan Trauma dan Jabatan Patologi. Selain itu, pengoperasian Klinik Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Klinik Pakar Pediatrik dan Klinik Pakar Pembedahan Am dirancang akan bermula pada bulan Julai 2024. Manakala, bagi pengoperasian wad-wad akan dilaksanakan secara berfasa pada bulan Ogos hingga bulan Disember 2024.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah meluluskan sebanyak 1,719 perjawatan baharu bagi menampung keperluan perkhidmatan di Hospital Miri susulan pengoperasian bangunan baharu ini. KKM akan memastikan fasiliti yang disiapkan ini akan disokong dengan sumber manusia yang mencukupi dan teknologi pendigitalan yang terkini dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang bertaraf dunia.

Turut hadir, YBhg. Dato' Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. En. Tang Ing Hui, Pengarah Projek Riaplus Sdn Bhd serta pegawai kanan KKM, JKR dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-07-04 16:22:24 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page