MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT JAWATANKUASA KHAS MEMERANGI MASALAH BEBAN BERGANDA MALPEMAKANAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK BIL. 1/2024

3 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Khas Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-kanak Bil. 1/2024 yang dipengerusikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Parlimen, Kuala Lumpur.

Mesyuarat telah membincangkan mengenai pelaksanaan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-Kanak Malaysia 2023–2030. Pelan ini mengandungi 31 inisiatif sedang dan akan dilaksanakan melalui lima (5) strategi.

Mesyuarat turut meneliti Pelan Komunikasi Strategik yang diwujudkan bagi tujuan penyebaran maklumat kesihatan dan pemakanan menerusi platform media konvensional, media sosial dan program jangkau luar ('outreach') merentasi pelbagai sektor dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Selain itu, pengukuhan Inisiatif 1,000 Hari Pertama Kehidupan yang bermula daripada tempoh awal kehamilan sehingga anak berumur dua (2) tahun merupakan tempoh kritikal bagi perkembangan kognitif dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak turut diberi penekanan.

Mesyuarat turut membincangkan mengenai Inisiatif 'Healthy Eating Responsibility for Women' atau “HER” yang bermatlamat membantu wanita umur reproduktif meningkatkan status kesihatan dan pemakanan bagi mencegah dan mengawal masalah pemakanan kanak-kanak seawal sebelum kelahiran.

Komitmen bersepadu dan kerjasama daripada semua pihak adalah perlu untuk bersama-sama memastikan objektif dalam usaha memerangi masalah beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-07-04 16:29:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page