MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI DIALOG ICR-CRC BERSAMA YB DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMAD,MENTERI KESIHATAN.

5 Julai 2024- Pasukan Penyelidik dari Institut Penyelidikan Klinik (ICR) termasuk Rangkaian Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) telah mengadakan satu sesi dialog bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan di Kuala Lumpur.

Kekuatan yang ada pada ICR adalah Pakar-Pakar Klinikal yang mengetuai dan berkhidmat di setiap CRC di seluruh Malaysia. Pada ketika ini, terdapat 37 CRC di seluruh Malaysia selain daripada enam (6) pusat dan unit yang beroperasi di Ibu Pejabat Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) di Setia Alam, Selangor.

Dalam sesi dialog, antara perkara penting yang dibawa ke perhatian YB Menteri Kesihatan oleh pakar-pakar yang hadir ialah adalah peruntukan bagi tujuan penyelidikan dan penstrukturan perjawatan sedia ada bagi pakar yang menjalankan dua (2) tugasan iaitu tugas hakiki di hospital masing-masing dan juga tugasan sebagai penyelidik dalam menghasilkan dapatan kajian yang mampu memberi impak yang positif kepada negara.

YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam ucapan berkata bahawa beliau amat menghargai dan berterima kasih kepada semua pakar-pakar yang sentiasa bekerja keras dalam menggalas tugasan hakiki dan juga tugasan tambahan sebagai penyelidik. Beliau amat prihatin terhadap kebajikan anggota-anggota kesihatan dan kini perkara yang disuarakan oleh pakar-pakar penyelidik ini akan dibawa untuk perbincangan bersama pihak pengurusan tertinggi Kementerian bagi mendapatkan solusi secara holistik.

Turut hadir bersama, YBhg Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), YBrs Encik Noor Azman bin Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBrs. Dr. Murizal Zainol, Pengurus Institut Kesihatan Negara.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-07-09 10:37:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page