MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PROGRAM MADANI AFIAT DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) - SABAH MAJU JAYA PERINGKAT NEGERI SABAH 2024 DI PADANG BANDARAN TAWAU, SABAH.

6 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) - Sabah Maju Jaya Peringkat Negeri Sabah 2024 di Padang Bandaran Tawau, Sabah.

Penganjuran program Madani Afiat dan Jelajah ANMS bertujuan merakyatkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan merealisasikan reformasi kesihatan dalam Tonggak Kedua, Kertas Putih Kesihatan 2023 yang menyarankan peralihan fokus penyampaian perkhidmatan kesihatan daripada ‘sick care’ kepada ‘health care’.

Sabah secara julung kalinya merupakan negeri pertama yang menyaksikan pelaksanaan program Madani Afiat dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi tahun 2024. Penganjuran bersama kali ini turut menyaksikan 25 rakan strategik KKM yang terdiri daripada agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai, selari dengan pendekatan seluruh negara ('whole of nation').

Di samping itu, program ini juga turut diperkaya dengan agenda Sabah Maju Jaya (SMJ) melalui perkongsian pintar persekutuan-negeri sejak tahun 2022. Penjenamaan khusus Jelajah ANMS-SMJ turut bertujuan untuk mengukuhkan komunikasi kesihatan demi membudayakan hidup sihat dan melestarikan persekitaran.

YB Menteri Kesihatan turut serta dalam aktiviti Berjalan 10,000 Langkah dan aktiviti ini telah mencatatkan kehadiran lebih daripada 10,000 orang. Kempen ini adalah diharapkan dapat menggalakkan masyarakat khususnya di Tawau untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat dengan hanya berjalan kaki secara santai.

Turut hadir, YB Datuk James Ratib, Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YB Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau, YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBrs. Tuan Pang Pick Lim @ Joseph, Presiden Majlis Perbadanan Tawau dan YBhg. Briged Jeneral Bersara Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (Jp), Penaung Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2024-07-09 11:00:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page