MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL TAWAU SABAH.

7 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tawau, Sabah.

Sejurus ketibaan, YB Menteri Kesihatan telah diberikan taklimat ringkas mengenai perkembangan terkini Hospital Tawau terutamanya blok baharu yang telah siap sepenuhnya pada 21 Disember 2023 yang lalu. Bangunan baharu ini akan memberikan manfaat yang baik dan fasiliti yang selesa kepada kakitangan kesihatan dan juga masyarakat setempat.

Hospital Tawau ini terletak kurang 1 km dari pusat bandar Tawau. Pada masa ini, bangunan Hospital Tawau terdiri daripada bangunan Wad Lama, bangunan Poliklinik dan bangunan Wad Baru. Hospital Tawau juga merupakan pusat rujukan Hospital sebelah Pantai Timur Sabah seperti Semporna, Lahad Datu, Kunak, Sandakan dan Negara bersebelahan iaitu Indonesia.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YB Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau, YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan YBhg. Briged Jeneral Bersara Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (Jp), Penaung Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-07-09 11:07:56 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page