MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) DI BANDAR KUBOTA TAWAU.

6 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) yang diadakan di kawasan Bandar Kubota, Tawau, Sabah.

Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya “BeBAs” di Bandar Kubota, Tawau ini merupakan kesinambungan daripada dua (2) program BeBAs terdahulu yang telah dijalankan di Kuala Lumpur dan Port Dickson.

Program ini juga melibatkan kerjasama di antara pengusaha premis makan dengan agensi Kerajaan, agensi swasta, rakan sukarelawan, badan profesional dan badan bukan kerajaan (NGO) yang mana program ini menitikberatkan konsep pemerkasaan masyarakat dalam memastikan peraturan kebersihan makanan dan larangan merokok di premis makanan sentiasa dipatuhi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi komitmen yang tinggi terhadap kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi kriteria tertentu akan diberi pengiktirafan Premis Bersih dan Selamat (BeSS).

Secara kumulatif di peringkat kebangsaan, sebanyak 11,783 outlet makanan telah menerima Pengiktirafan BeSS di seluruh negara. Sementara itu, Anugerah premis “Bersih dan Selamat” (BeSS) telah dianugerahkan kepada tiga (3) premis terpilih di Bandar Kubota, Tawau.

Persekitaran yang bebas tanpa amalan merokok amatlah penting dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat dan ia selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok pada tahun 2040.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YB Datuk Lo Su Fui, Ahli Parlimen Tawau, YBhg. Datuk Dr. Asits Sanna, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, YBhg. Briged Jeneral Bersara Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (Jp), Penaung Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah dan YBrs. Ts. Norrani Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-07-09 11:23:22 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page