MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT MAJLIS SOSIAL NEGARA DI PARLIMEN MALAYSIA

9 Julai 2024- YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Sosial Negara di Parlimen Malaysia. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan, Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi yang terlibat.

Majlis Sosial Negara (MSN) ditubuhkan sebagai jentera pelaksana Dasar Sosial Negara yang merupakan dasar payung merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara. Mesyuarat telah membincangkan peranan dan strategi bersepadu dalam menangani situasi bunuh diri di Malaysia dan juga mengenai pelaksanaan Pendidikan Kesihatan Repoduktif dan Sosial di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan. Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pelaksanaan dan pencapaian 'Social Impact Assessment (SIA)' serta pencapaian Indeks Kesejahteraan Rakyat (MyWI) Tahun 2022.

Di KKM secara spesifik telah mengambil beberapa langkah penambahbaikan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kesihatan mental dan saluran bantuan yang disediakan :

(i) KKM telah melaksanakan Program MySAVE (Malaysia Suicide Awareness Voice of Hope) untuk meningkatkan literasi kesihatan mental dan libat urus bersama pengamal media dalam penulisan dan pelaporan media yang selamat;

(ii) Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau 'Talian HEAL' yang boleh diakses di 15555;

(iii) Latihan pencegahan bunuh diri untuk petugas barisan hadapan seperti polis, bomba, APM, Maritim dan petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat;

(iv) Pembangunan Sistem Registri Bunuh Diri dan Kecederaan Fatal Kebangsaan bagi atau National Suicide and Fatal Injury Registry Malaysia (NSFIRM); dan

(v) Nyahjenayah cubaan bunuh diri (pindaan Kanun Keseksaan dan Akta Kesihatan Mental) dan mewujudkan Pegawai Intervensi Krisis (polis, bomba, Maritim, dll)

Selain itu, khidmat psiakiatri dan kaunseling akan terus ditawarkan di semua fasiliti kesihatan yang berkenaan. KKM menyarankan agar mereka yang terkesan untuk tampil mendapatkan bantuan dengan menghubungi mana-mana sahaja saluran kerana KKM mengamalkan dasar 'no wrong door' (tiada pintu salah). Sokongan ahli keluarga dan sahabat handai juga diperlukan dalam membantu mereka yang berhadapan dengan tekanan.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image

Kemaskini pada 2024-07-22 12:56:32 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page