MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU KEBANGSAAN BAGI KEPENGERUSIAN ASEAN-MALAYSIA 2025

12 Julai 2024- YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di bangunan Parlimen.

Perdana Menteri menzahirkan keyakinan bahawa Malaysia mampu menjadi tuan rumah terbaik sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025. Pelbagai perkara telah dibincang bagi memastikan persediaan rapi dapat dibuat di setiap peringkat melibatkan kementerian serta agensi kerajaan.

Sebelum bermulanya Sidang Kemuncak ASEAN 2025, pelbagai mesyuarat peringkat tertinggi melibatkan pemimpin negara, menteri dan pegawai yang akan diadakan antaranya Mesyuarat Menteri-menteri Kesihatan ASEAN yang akan diadakan pada bulan Ogos di Laos. Pelbagai agenda kesihatan Malaysia dan kerjasama di peringkat ASEAN akan dibawa ke mesyuarat ini.

Selain itu, terdapat juga beberapa agenda seperti Rintangan Anti Mikrob (AMR) yang akan dibawa ke Mesyuarat peringkat tertinggi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) pada September tahun ini.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-07-22 13:07:54 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page