12 Julai 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan penganjuran Kongres ASEAN ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 (13th ASEAN Congress and the 10th Perak Healthcare Congress), di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh.
Kongres ini merupakan satu acara dwi-tahunan yang diadakan di Perak dan telah dimulakan sejak 26 tahun lalu dengan tujuan pendidikan perubatan berterusan bagi semua anggota kesihatan dari pelbagai kategori.
Tema Kongres pada tahun ini adalah “Embracing New Horizons in Primary Health Care” menekankan kepentingan inovasi dan kerjasama di peringkat negeri,
kebangsaan dan antara negara-negara ASEAN untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan populasi.
Kongres ini merupakan platform penting bagi anggota kesihatan, pembuat dasar dan pihak berkepentingan dari seluruh rantau ASEAN untuk terlibat, berkongsi pengetahuan dan membincangkan kemajuan serta cabaran terkini dalam sektor penjagaan kesihatan. Berlangsung selama tiga (3) hari bermula 12 hingga 14 Julai 2024, kongres ini menghimpunkan seramai 350 orang peserta, majoriti dari kalangan pengamal perubatan.
Turut hadir, YBrs. Dr Davis Johnraj, Timbalan Pengarah Kanan (Pakar Perubatan Kesihatan Awam) mewakili Ketua Pengarah Kesihatan, YBrs. Dr. G Nantha Kumar, Pengerusi Penganjur Kongres ASEAN ke-13 dan Kongres Kesihatan Perak ke-10 2024, YBrs. Dr. Feisul Idzwan bin Mustapha, Pengarah Kesihatan Negeri Perak merangkap Pengerusi Bersama Kongres, YBrs. Dr. Loke Yee Heng, Presiden Persatuan Pengamal Perubatan Perak, YBrs. Dr. Syed Mud Puad Syed Amran, Pengerusi Kesihatan Awam Perak dan YBrs. Dr. Sofia binti Zainal Abidin, Ketua Pakar Perubatan Keluarga Negeri Perak.
Kemaskini pada 2024-07-22 13:15:19 daripada UKK Norhanita