MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

TIGA (3) KLINIK KESIHATAN (KK) BAHARU NEGERI PERLIS SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KEPUTERAAN KE-81 DULI YANG MAHA MULIA TUANKU RAJA PERLIS.

13 Julai 2024- DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berkenan mencemar duli untuk merasmikan tiga (3) Klinik Kesihatan (KK) baharu Negeri Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan ke-81 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

KK pertama yang dirasmikan ialah KK Kampung Gial dan klinik ini mula beroperasi pada tahun 1964 (tapak klinik lama). Kemudian, klinik ini telah dinaik taraf ke Klinik Kesihatan Jenis 3 dengan kuarters (di tapak baru bersebelahan dengan klinik lama) pada 28 September 2020. Purata kedatangan pesakit harian bagi klinik ini adalah seramai 277 orang.

Kawasan operasi bagi KK Kampung Gial ini juga meliputi 17,610 penduduk Mukim Ngulang, Oran, Padang Siding dan Chuping. Terdapat empat (4) buah klinik desa yang beroperasi di bawah KK Kampung Gial iaitu Klinik Desa Mata Ayer, Klinik Desa Guar Nangka, Klinik Desa Padang Siding dan Klinik Desa Panggas.

Sejurus itu, KK kedua yang dirasmikan ialah KK Pauh. KK Pauh mula beroperasi pada 27 Mac 2023 (tapak baru) dan merupakan projek naik taraf dari Klinik Desa Pauh (tapak lama). Purata kedatangan harian klinik ini adalah seramai 184 orang. Kawasan operasi meliputi hampir 22,262 penduduk Mukim Pauh dan Mukim Guar Sanji. Sebuah klinik desa iaitu Klinik Desa Guar Sanji juga beroperasi di bawah KK Pauh.

Kemudian, KK ketiga dan terakhir yang dirasmikan oleh DYMM Pemangku Raja Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis ialah KK Padang Besar. KK Padang Besar ini mula beroperasi pada tahun 1971 (tapak klinik lama) dan dinaik taraf ke Klinik Kesihatan Jenis 3 (di tapak baru) pada tahun 2020. Projek ini siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada tarikh 25 September 2023.

Turut hadir YB Megat Hashirat Hassan, Exco Kesihatan Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan YBrs. Dr. Ghazali Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-07-22 13:24:31 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page