MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) DAN KARNIVAL PERLIS HEBAT SIHAT MILIK SEMUA PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI (JKN) PERLIS

13 Julai 2024- DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan berangkat ke Program Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dan Karnival Perlis Hebat Sihat Milik Semua Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis serta Perasmian 3 Klinik Kesihatan baharu Negeri Perlis Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-81 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis.

Program yang amat meriah ini turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) merupakan inisiatif kerajaan ke arah meningkatkan taraf kesihatan dengan matlamat utama untuk menjadikan rakyat Malaysia Sihat Sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat seperti hidup aktif, makan secara sihat dan selamat, tidak merokok, minda sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Kerajaan Negeri Perlis, khususnya telah menerajui pelaksanaan ANMS ini sejak tahun 2022. Di samping itu, bagi merealisasikan tekad dan cita-cita Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang terkandung dalam teras dan strategi ANMS, JKN Perlis komited dan konsisten dalam aktiviti mempromosikan kesihatan kepada komuniti menerusi program Perlis Hebat, Sihat Milik Semua.

Turut hadir, YB Megat Hashirat Hassan, Exco Kesihatan Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan YBrs. Dr. Ghazali Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-07-22 13:35:05 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page