MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL TUANKU FAUZIAH (HTF) KANGAR.

13 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar.

Hospital Tuanku Fauziah kini berusia 34 tahun telah mula beroperasi sejak tahun 1990. Hospital ini memberikan perkhidmatan perubatan kepada semua warga Perlis yang mempunyai kira-kira 292,700 penduduk.

YBMK dan delegasi lawatan telah diberikan penerangan berkaitan Program Sekolah Dalam Hospital (SDH) Hospital Tuanku Fauziah. Program SDH bagi hospital ini telah mula beroperasi pada bulan Ogos 2023 dan merupakan SDH yang ke-17 di Malaysia. Program SDH ini adalah bertujuan untuk menyediakan pusat pembelajaran yang kondusif bagi murid yang sedang menerima rawatan di hospital.

Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Dr. Ghazali Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis dan YBrs. Dr. Nur Aslina Bahakodin, Pengarah Hospital Tuanku Fauziah.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-07-22 14:46:39 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page