MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM WALKABOUT PREMIS BERSIH, BEBAS ASAP (BEBAS) DI KOMPLEKS KOMALAUT 2, KUALA PERLIS.

13 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) yang diadakan di Kompleks Komalaut 2, Kuala Perlis.

Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya “BeBAs” yang diadakan di Komalaut 2, Kuala Perlis ini merupakan lokasi ke-4 sejak bermulanya program ini pada Februari 2024 yang lalu. Berikut merupakan lokasi-lokasi sebelum ini:

1. Lokasi pertama di Jalan Alor, Kuala Lumpur yang diadakan pada 17 Februari 2024;

2. Lokasi kedua di Persiaran Waterfront, Port Dickson pada 8 Jun 2024; dan

3. Lokasi ketiga di Bandar Kubota, Tawau pada 6 Julai 2024.

Program Walkabout BeBAs ini juga merupakan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kesihatan dan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia. Premis yang telah diperiksa dan didapati bersih serta memenuhi kriteria tertentu akan diberi pengiktirafan BeSS. Secara kumulatif di peringkat kebangsaan, sebanyak 11,783 outlet makanan telah menerima pengiktirafan BeSS di seluruh negara.

Persekitaran yang bebas tanpa amalan merokok amatlah penting dalam mewujudkan persekitaran yang sihat dan selamat, selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas tanpa sebarang bentuk amalan merokok pada tahun 2040.

Golongan perokok dan pengguna vape dinasihatkan untuk segera berhenti dan dapatkan rawatan mengikut kaedah rawatan yang diiktiraf oleh KKM di klinik-klinik kesihatan atau melalui laman sesawang www.jomquit.com.

Turut hadir, YB Megat Hashirat Hassan, Exco Kesihatan Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Ts. Norrani Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM dan YBrs. Dr. Ghazali Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2024-07-22 14:59:08 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page