13 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri sesi Perbincangan Meja Bulat Sempena Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (Bebas) Peringkat Negeri Perlis bersama wakil-wakil peniaga dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Hotel Brasmana, Kuala Perlis.
Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya ”BeBAs” diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat terutamanya pengusaha premis makanan dan penjaja berkaitan kepentingan kebersihan premis makanan termasuklah kepatuhan kepada larangan merokok.
Tujuan sesi perbincangan ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada pengusaha kedai tempatan untuk menyalurkan sebarang pertanyaan mahupun pandangan dalam usaha menzahirkan premis makanan yang lebih selesa, indah dan bersih serta mewujudkan negara yang sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok pada tahun 2040.
Berselari dengan program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya ”BeBAs” yang diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat terutamanya pengusaha premis makanan dan penjaja, sesi libat urus ini juga dilakukan bagi memperhalusi kerjasama antara pengusaha premis makanan dengan agensi Kerajaan, agensi swasta, rakan sukarelawan, badan profesional, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Turut hadir, YB Megat Hashirat Hassan, Exco Kesihatan Kerajaan Negeri Perlis, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Ts. Norrani Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM dan YBrs. Dr. Ghazali Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.
Kemaskini pada 2024-07-22 15:08:55 daripada UKK Norhanita