MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PELANCARAN PROGRAM KEMBARA MY CHAMPION SEMPENA JELAJAH ANMS DAN KARNIVAL PERLIS HEBAT MILIK SEMUA DI KANGAR DAN KUALA PERLIS.

14 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan pelancaran Program Kembara My Champion sempena Jelajah ANMS dan Karnival Perlis Hebat Milik Semua di Kangar dan Kuala Perlis.

MyCHAMPION merupakan satu kolaborasi khidmat sukarelawan merentasi kementerian dan agensi dalam usaha memperkasakan komuniti untuk mengamalkan budaya hidup sihat, kawalan kesihatan kendiri dan melestarikan persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan.

Program pada hari ini dimulakan dengan sesi “flag-off” pasukan kembara MyChampion di UTC Perlis, yang melakukan aktiviti-aktiviti advokasi kesihatan di sekitar kawasan. Seramai 108 anggota terdiri daripada Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Pegawai Pergigian, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat dan Sukarelawan MyChampion (COMBI, KOSPEN, Duta KUA, Ikon Gigi, Panel Penasihat KK) yang terlibat untuk kembara ini.

YB Menteri Kesihatan juga telah melawat Kampung Warna-Warni Seberang Ramai untuk menyantuni penduduk di sana serta memantau aktiviti advokasi kesihatan yang dijalankan oleh pihak kesihatan. Di samping itu, beliau juga telah melawati beberapa rumah penduduk di sini untuk beramah mesra dan melihat aktiviti kesihatan yang dilakukan.

KKM sentiasa menyokong aktiviti seumpama ini dan akan terus komited untuk menjadikan rakyat Malaysia sihat sejahtera melalui pembudayaan hidup sihat dan kelestarian persekitaran yang menyokong hidup sihat.

Hadir sama, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan YBrs. Dr. Ghazali Chik, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-07-22 15:16:36 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page