MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SEMINAR ON THE EVIDENCE-BASED PRACTICE OF TRADITIONAL CHINESE MEDICINE.

15 Julai 2024- Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kolaborasi National Administration of Traditional Chinese Medicine (NATCM), Republik Rakyat China telah berjaya menganjurkan Seminar on the Evidence-Based Practice of Traditional Chinese Medicine.Kerjasama antara Malaysia dan China dalam bidang perubatan tradisional telah mencapai satu lagi mercu tanda berikutan pemeteraian Memorandum Persefahaman pada 2011. Seminar ini juga amat bermakna dalam menonjolkan komitmen bersama untuk memajukan amalan penjagaan kesihatan antara kedua-dua negara sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan dan dihadiri oleh wakil-wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia, NATCM dan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia. Seminar itu juga menampilkan enam orang pakar dari China Academy of Chinese Medical Sciences (CACMS) dan melibatkan lebih dari 60 orang peserta dari pelbagai latar belakang termasuk badan kawal selia dari KKM, pengamal, penyelidik dan ahli akademik dari bidang perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) di Malaysia.

Tujuan utama seminar ini adalah untuk membolehkan pertukaran pengetahuan dan perkongsian pengalaman antara kedua-dua negara bagi memajukan perkhidmatan PT&K, menambahbaik usaha dalam penyelidikan berkaitan bidang PT&K dan aplikasinya dalam membuat keputusan dasar untuk bidang PT&K. Seminar ini menggariskan usaha proaktif Malaysia untuk meningkatkan perkhidmatan PT&K yang sedia ada di Malaysia dengan menyepadukan amalan PT&K berasaskan bukti ke dalam rangka kerja penjagaan kesihatan nasional.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-07-22 15:21:39 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page