MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TYT EKKAPHAB PHANTHAVONG, TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG (KOMUNITI SOSIO-BUDAYA) ASEAN.

15 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Ekkaphab Phanthavong, Timbalan Setiausaha Agung (Komuniti Sosio-Budaya) ASEAN. TYT Ekkaphab Phanthavong mengetuai lawatan kerja Sekretariat ASEAN ke Malaysia sempena persediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan TYT Ekkaphab Phanthavong telah membincangkan bidang keutamaan dan keberhasilan yang akan menjadi fokus utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tahun 2025 dan 2026.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad juga telah memaklumkan bahawa fokus utama KKM adalah bidang keselamatan makanan, nutrisi dan diet sihat di rantau ASEAN. Selain itu, KKM juga merancang beberapa inisiatif dalam bidang pembangunan farmaseutikal serta bidang kesihatan awam.

TYT Ekkaphab Phanthavong turut menyatakan penghargaan di atas peranan Malaysia sebagai Naib Pengerusi semasa Mesyuarat 18th Senior Officials Meeting on Health Development (SOMHD) dan mesyuarat berkaitan di Vientiane, Lao PDR pada 1 hingga 5 Julai 2024.

Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Sekretariat ASEAN, KKM serta pegawai daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang merupakan penyelaras nasional bagi Komuniti Sosio-Budaya.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-07-22 16:11:43 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page