MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI TAKLIMAT RANG UNDANG-UNDANG PERUBATAN (PINDAAN) 2024 DAN RANG UNDANG-UNDANG PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT (PINDAAN) 2024

16 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir ke sesi Taklimat Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2024 dan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 kepada semua Ahli Parlimen dan pengamal-pengamal media di Parlimen.

Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2024 yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hirman Ismail, Timbalan Pengarah (Pakar Perubatan Kesihatan Awam), Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM bagi memastikan bahawa kedua-dua latihan kepakaran 'Parallel Pathway' dan Sarjana Perubatan IPT tempatan diperhalusi dan diselaraskan.

Manakala, bagi pindaan Rang Undang-Undang Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024 yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Mohd Ihsani bin Mahmood, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM merupakan salah satu strategi bagi kesiapsiagaan demi membendung dan mencegah penularan penyakit berjangkit pada masa hadapan.

Turut hadir YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), YBhg. Dato’ Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr. Mohd Azman Yacob, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan pegawai-pegawai kanan KKM.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-07-22 16:18:25 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page