MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI MEET & GREET KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI BERSAMA DIDI & FRIENDS ZON SARAWAK

 

16 Julai 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan sesi Meet & Greet Kembara Sihat Sejahtera HePiLI bersama Didi & Friends Zon Sarawak. Aktiviti ini merupakan salah satu pengisian Kembara HePiLI (Health Promotion In Learning Instituitons) bersama Didi & Friends yang dilaksanakan sejak tahun 2023. Sarawak merupakan negeri ketiga Kembara selepas Selangor (November 2023) dan Kedah (Mei 2024).

Penganjuran Meet & Greet bertujuan untuk memberi peluang kepada kumpulan sasar terutama murid sekolah dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan dalam menjadikan cara hidup sihat sebagai budaya harian. Sekolah Kebangsaan Temenggong Muip merupakan lokasi kelima penganjuran Meet & Greet di mana ia akan memberi manfaat kepada hampir 1,800 orang murid melibatkan murid prasekolah sehingga murid darjah enam.

Institusi Pendidikan merupakan akar umbi yang diberi penekanan oleh KKM dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan terutama melibatkan aspek pembudayaan hidup sihat. Dengan bertemakan “Kukuhkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat”, aktiviti memfokuskan kepada tingkah laku hidup sihat seperti Aktifkan Diri, Makan Buah dan Sayur, Tak Nak Merokok dan Vape, Minda Sihat, Kesihatan Pergigian yang melibatkan Program Tunas Doktor Muda (Prasekolah KPM, Tabika KEMAS & Tabika Perpaduan), Kelab Doktor Muda (Sekolah Rendah & Sekolah Menengah) dan Program Siswa Sihat (Institusi Pendidikan Tinggi).

Turut hadir YBrs. Dr. Rohani binti Mat Bah, Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) JKN Sarawak, YBrs. Puan Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan KKM, YBrs. Dr. Raviwharmman Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri dan YBrs. Encik James Anak Nibong, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Temenggong Datuk Muip.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-07-22 16:25:51 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page