MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA KERAJAAN MALAYSIA DAN SYARIKAT OPTIMAX EYE SPECIALIST CENTRE DI KUALA LUMPUR.

18 Julai 2024- Dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan rakyat Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan satu Memorandum Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Syarikat Optimax Eye Specialist Centre di Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Norazman Ayob selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) mewakili KKM dan YBrs. Puan Tan Sing Yee selaku Ketua Pegawai Eksekutif Optimax Eye Specialist Centre Sdn. Bhd. dengan disaksikan oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Melalui memorandum persefahaman ini, Syarikat Optimax Eye Specialist akan membantu dalam mengesahkan masalah ketajaman penglihatan yang dikesan oleh Pasukan Kesihatan Sekolah KKM dan seterusnya membekalkan cermin mata secara percuma kepada murid terlibat selepas pengesahan dibuat.

Putrajaya dipilih sebagai lokasi untuk melaksanakan projek rintis ini, di mana 16 buah sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Wilayah Persekutuan Putrajaya akan melalui sesi pengesahanan ini dan seramai 2,642 murid Tahun 1 daripada keluarga B40 dan M40 yang telah dikenalpasti dan daripada jumlah ini, dianggarkan antara 160 hingga 180 orang murid akan menerima manfaat daripada kerjasama ini. Projek ini akan mengambil masa selama setahun dan akan bermula pada bulan Ogos 2024.

Kerjasama strategik antara Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh KKM dan Optimax Eye Specialist Centre Sdn. Bhd. adalah sebuah perkongsian awam-swasta (public-private partnership) yang selari dengan pendekatan seluruh negara (whole-of nation approach) ke arah memaksimumkan natijah kesihatan (health outcomes) di bawah gagasan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Turut hadir, YBhg Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal), YBhg Datuk Dr Norhayati binti Rusli Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg Tan Sri Dato’ (Dr.) Tan Book Hock Pengasas / Timbalan Pengerusi Eksekutif Syarikat Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd dan YBhg Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Pengerusi Syarikat Optimax Eye Specialist Centre Sdn Bhd.

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-07-22 16:36:03 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page