MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

APRON WALK SIMBOLIK TERHADAP KESEDARAN TENTANG KESELAMATAN MAKANAN

20 Julai 2024- Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL) dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia (MAFSA) menganjurkan acara Apron Walk 2024 di Anjung Floria, Putrajaya.

Dimeriahkan dengan kehadiran YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, acara Apron Walk ini berjaya dianjur buat tahun kedua berturut-turut dengan kehadiran 2000 peserta. “Apron Walk ini adalah simbolik kepada kesedaran semua terhadap kepentingan keselamatan makanan” ujar beliau dalam ucapan sebelum memulakan acara ini.

Hari Keselamatan Makanan Sedunia disambut di seluruh dunia pada 7 Jun setiap tahun dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keselamatan makanan. Dengan tema, Food Safety : Prepare for the unexpected, memfokuskan kepada kesiapsiagaan semua pihak yang terlibat di sepanjang rantaian makanan dalam menghadapi sebarang perkara luar jangka yang boleh mengganggu dan menjejaskan keselamatan makanan negara.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 1 daripada 10 orang jatuh sakit setiap tahun akibat penyakit bawaan makanan manakala lebih 200 penyakit di dunia adalah disebabkan oleh makanan yang tercemar. KKM berharap dengan penganjuran aktiviti santai tetapi berinformasi seperti ini akan dapat mempertingkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia dalam mengutamakan keselamatan makanan dalam kehidupan seharian.

Turut hadir YBhg Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal ) serta YBrs Ts. Norrani binti Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-07-22 16:41:51 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page