MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI BERSAMA DIDI & FRIENDS ZON SARAWAK DI PERMAISURI IMPERIAL MALL, SARAWAK.

21 Julai 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Kembara Sihat Sejahtera HePiLI bersama Didi & Friends Zon Sarawak di Permaisuri Imperial Mall, Sarawak.

Majlis ini merupakan antara inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha memperluas liputan promosi kesihatan kepada semua peringkat umur bermula seawal usia lima (5) tahun dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kesihatan masyarakat khususnya kanak-kanak dalam pembudayaan hidup sihat.

Bertemakan “Kukuhkan Imuniti Badan, Budayakan Hidup Sihat”, Kembara Sihat Sejahtera HePiLI memfokuskan kepada enam (6) tingkah laku kesihatan iaitu Aktifkan Diri, Makan Buah dan Sayur, Tak Nak Merokok dan Vape, Minda Sihat, Sentuhan OK dan Tak OK serta Penjagaan Kebersihan Diri dan Persekitaran.

Kembara Sihat Sejahtera HePiLI bersama Didi & Friends Zon Sarawak yang berlangsung dari 19 hingga 21 Julai 2024 ini merupakan destinasi ketiga selepas Selangor (Zon Tengah) dan Kedah (Zon Utara). Antara pengisian aktiviti melibatkan showcase interaktif HePiLI yang memfokuskan kepada beberapa tingkah laku kesihatan seperti Aktifkan Diri, Makan Secara Sihat, Lihat, Hidu dan Rasa, Kebersihan Diri, Kebersihan Persekitaran, Pupuk Minda Sihat, Kenali Ubat Anda, Tak Nak Merokok dan Vape, Sentuhan OK dan Tak OK serta Kesihatan Pergigian.

Turut hadir YB Tuan Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar Miri, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, YBrs. Puan Mariam Haji Monek, Pegawai Pendidikan Daerah Miri mewakili Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak dan Puan Suraiya Syed Mohamed, Pengarah Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-07-22 16:48:25 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page