MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

RAJA PERMAISURI AGONG RAJA ZARITH SOFIAH BERKENAN MENCEMAR DULI KE HOSPITAL ORANG ASLI GOMBAK (HOAG) SEMPENA PERTABALAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG KE-17.

23 Julai 2024- KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mencemar duli ke Hospital Orang Asli Gombak (HOAG) sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17. YB Datuk Seri Dr Dzulfkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyampaikan sembah ucapan kepada Raja Permaisuri Agong.

HOAG merupakan hospital tanpa pakar dengan kapasiti katil sebanyak 61 buah dan mempunyai empat (4) buah wad. Lima (5) jabatan yang menjadi tonggak pengoperasian hospital ini adalah Jabatan Perubatan, Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Awam Komuniti Orang Asli, Jabatan Pergigian, Jabatan Farmasi dan Jabatan Pengurusan.

Skop perkhidmatan hospital merangkumi perkhidmatan kecemasan dan trauma, perkhidmatan pesakit dalam, perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan pergigian dan perkhidmatan sokongan klinikal dan bukan klinikal.

Majlis menyaksikan penyerahan sumbangan berjumlah RM30,000.00 oleh Raja Permaisuri Agong kepada HOAG. Baginda turut berkenan meluangkan masa melawat pesakit di wad HOAG.

Turut hadir YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, isteri Perdana Menteri, YAB Datin Seri Masdiana binti Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor, YB Tuan Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Menteri Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17, YBhg. Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Datuk Seri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM, YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsuddin, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-06 09:43:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page