MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN DARIPADA DELEGASI OBSTETRICAL AND GYNAECOLOGICAL SOCIETY OF MALAYSIA (OGSM) KE IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA.

22 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan daripada delegasi Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia (OGSM).

OGSM merupakan badan persatuan yang mempunyai keahlian lebih daripada 1,000 ahli yang terdiri daripada doktor dan pakar perubatan dari sektor kerajaan dan swasta.

Antara inisiatif tanggungjawab sosial persatuan ini adalah mempromosikan kesihatan wanita dengan menganjurkan projek kesihatan masyarakat dan kempen kesedaran kesihatan seperti kanser payudara, kanser serviks, endometriosis dan program kesihatan wanita di sekolah dan kolej.

YB Menteri Kesihatan amat kagum dengan pencapaian OGSM dalam bidang ini, termasuk pembangunan 'Intensive Course in Obstetric Emergencies' (ICOE) untuk latihan petugas perubatan bukan sahaja di Malaysia, malah di rantau ini.

Sejarah pembangunan program dan kerjasama dengan Liverpool School of Tropical Medicine, Royal College of Obstetricians and Gynaecologists (RCOG) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga antara kejayaan yang boleh menjadi inspirasi dalam usaha meningkatkan natijah kesihatan umumnya.

YB Menteri Kesihatan juga menyatakan kesediaan untuk memberikan kerjasama untuk menjayakan agenda kesihatan di Malaysia dan juga di rantau ini, lebih-lebih lagi dengan kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun hadapan.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image

Kemaskini pada 2024-08-06 09:48:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page