MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE INSTITUT KANSER NEGARA (IKN) PUTRAJAYA.

25 Julai 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya. Program dimulakan dengan sesi taklimat dan pengenalan mengenai operasi IKN oleh YBrs. Dr. Mohd. Anis bin Haron, Pengarah IKN.

IKN mula dibangunkan secara berfasa pada tahun 2006 dan berjaya disiapkan pada tahun 2013. Ia kemudian diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan memulakan operasinya secara rasmi pada 18 September 2013.

IKN merupakan fasiliti rawatan kanser yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan rawatan antaranya Klinik Onkologi dan Radioterapi, Pusat Rawatan Harian (Daycare), Perubatan Nuklear, Kecemasan Kanser dan PET-CT. IKN turut dilengkapi dengan 252 katil untuk kemudahan pesakit yang menerima rawatan pesakit dalam di wad.

Fokus utama IKN adalah untuk menjadi pusat rujukan utama bagi rawatan kanser secara komprehensif, menjadi pusat pengajian dan latihan untuk kakitangan KKM serta menerajui bidang penyelidikan bagi pengurusan dan rawatan kanser di Malaysia.

Penubuhan IKN adalah penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan rawatan kanser khususnya bagi menghadapi peningkatan kes kanser dalam kalangan rakyat Malaysia. Statistik kedatangan pesakit yang dilaporkan pada tahun 2023 adalah sebanyak 111,927 kes. Kanser tertinggi dalam kalangan lelaki adalah kanser kolorektal manakala dalam kalangan wanita merupakan kanser payu dara.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-08-06 09:54:23 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page