MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN DAN KIBAR JALUR GEMILANG PERINGKAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 2024 DI DEWAN SERBAGUNA, IBU PEJABAT KKM, PUTRAJAYA.

26 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad Menteri Kesihatan, telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2024 di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat KKM, Putrajaya.

Sejak sebelum merdeka lagi, perkhidmatan kesihatan telah menjadi tulang belakang pembangunan negara, memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti. Hospital tertua di Malaysia ialah hospital Taiping, dahulunya dikenali Yeng Wah Hospital yang dibina pada tahun 1880 manakala bagi mengatasi penyakit seperti malaria dan beri-beri ketika itu, Institut Penyelidikan Perubatan (atau IMR) ditubuhkan pada tahun 1900.

Dr. Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa kebebasan dan kemerdekaan bukan saja terhad kepada kebebasan politik dan sosial, tetapi harus bebas dari aspek kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan, iaitu kebebasan turut melibatkan ‘freedom from diseases’ (bebas daripada penyakit) dan ‘freedom from suffering’ (bebas daripada penderitaan).

YB Menteri Kesihatan turut menyeru warga KKM agar tema "Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka" ini menjadi pedoman untuk terus berinovasi dan memberi sumbangan yang bermakna kepada kesihatan negara agar setiap rakyatnya mampu menikmati kebebasan dan kemerdekaan.

Turut hadir, YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) dan YBhg. Datuk Dr Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal).

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-06 10:11:59 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page