PENGHANTARAN KERTAS KERJA BAGI MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)
8 Januari 2014
Tuan/Puan,
Dengan hormatnya merujuk perkara di atas.
2. Urusetia JDPKK mohon kerjasama Bahagian/Institusi/Jabatan Kesihatan Negeri yang ingin membentang Kertas Kerja di Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Dan Perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia (JDPKK) menghantarnya kepada Urusetia JDPKK untuk tindakan selanjutnya.
3. Maklumat Terma Rujukan JDPKK dan Format Kertas kerja boleh dimuat turun (download) dari laman sesawang KKM /index.php/pages/view/117.
4. Penghantaran kertas kerja boleh dibuat sebelum 16 Januari 2014. Takwim mesyuarat JDPKK akan datang adalah pada 11 Februari 2014. Walau bagaimanapun mesyuarat tambahan yang lebih awal boleh diadakan sekiranya terdapat keperluan.
Sebarang pertanyaan mengenai JDPKK boleh dikemukakan kepada pegawai berikut :
i. Datin Dr Siti Aishah Binti Abdullah
e-mel : drsiti@moh.gov.my
Tel: 03-8883 2125
ii. KJ Rohana Binti Shaari
e-mel : rohanashaari158@yahoo.com
Tel : 03-8883 2137
5. Kerjasama dan perhatian Tuan/Puan dalam perkara ini amat dihargai dan diucapkan terima kasih.
Sekian.
URUSETIA
MESYUARAT JAWATANKUASA DASAR DAN PERANCANGAN
KEMENTERIAN KESIHATAN (JDPKK)