MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT LEMBAGA PENGARAH CLINICAL RESEARCH MALAYSIA (CRM) DI IBU PEJABAT CRM DI JALAN KERINCHI, KUALA LUMPUR.

25 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah Clinical Research Malaysia (CRM) di Ibu Pejabat CRM di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur. YB Menteri Kesihatan turut merasmikan Pusat Kecemerlangan CRM (CRM Centre of Excellence).

Pusat ini bertujuan untuk membangunkan bakat tempatan, seterusnya membina kerjaya mereka dalam penyelidikan klinikal. Inisiatif ini adalah selari dengan Misi 2033 CRM untuk dengan mencipta 4,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam bidang ini, sekaligus dapat memangkin pembangunan profesional dalam bidang penyelidikan klinikal.

Pelaburan kerajaan dalam bidang ini, terutamanya dengan pembentukan CRM, telah meletakkan Malaysia setara dengan Singapura sebagai destinasi terkemuka penyelidikan klinikal global tajaan industri untuk tahun 2023, sekaligus menarik lebih banyak pelaburan antarabangsa terutamanya industri farmaseutikal ke Malaysia. (Sumber: clinialtrials.gov)

YB Menteri Kesihatan juga merakamkan sekalung tahniah kepada CRM dan berharap agar kecemerlangan ini dapat terus menyumbang kepada kejayaan misi besar Kementerian Kesihatan Malaysia kepada rakyat.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-08-06 10:44:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page