MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT NEGERI SEMBILAN DAN JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) DAERAH REMBAU TAHUN 2024 DI REMBAU, NEGERI SEMBILAN.

27 Julai 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Program Madani Afiat peringkat Negeri Sembilan dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Daerah Rembau Tahun 2024 di Rembau, Negeri Sembilan.

Program Madani Afiat Negeri Sembilan merupakan negeri kedua pelaksanaan Program Madani Afiat selepas di Tawau, Sabah. Pemilihan nama “Afiat” yang bermaksud sihat atau sejahtera bersesuaian dengan peranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai peneraju perkhidmatan kesihatan di Malaysia. Madani Afiat merupakan salah satu agenda penting yang dijalankan oleh KKM bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang mana ia menyokong Tonggak Kedua konsep Malaysia MADANI.

Dalam ucapan perasmian, YB Menteri Kesihatan memaklumkan bahawa pandemik yang lebih parah dari pandemik COVID-19 adalah pandemik NCD atau lebih dikenali sebagai penyakit kronik tidak berjangkit. Ia lebih menyedihkan apabila rakyat Malaysia tidak tahu bahawa mereka mempunyai penyakit-penyakit tidak berjangkit ini. Jika dilihat, pandemik COVID-19 yang melanda telah pun berakhir tetapi pandemik penyakit kronik ini terus berakar umbi dan tidak akan habis membelenggu kita sehingga kita berubah.

Program ANMS dan Madani Afiat ini adalah bertujuan untuk mengesan penyakit sejak awal, meningkatkan kesedaran kesihatan masyarakat serta mempromosikan budaya hidup sihat sebagai langkah pencegahan penyakit.

Di bawah ANMS, KKM mengambil inisiatif memperluaskan Wellness Hub dalam meningkatkan kesejahteraan kesihatan kepada komuniti secara bersasar dalam pembudayaan hidup sihat. Perkhidmatan Wellness Hub ini juga selari dengan hala tuju KKM dalam Kertas Putih Kesihatan iaitu perubahan paradigma daripada “sick care” kepada “Health Care” dan “Wellness”.

Turut hadir, YB Dato' M K Ibrahim bin Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan, YB Hajah Tengku Zamrah binti Tengku Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Haji Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN Chembong), YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM dan YBhg Dato’ Dr. Harlina binti Abdul Rashid, Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2024-08-06 11:11:55 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page