MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS SIDANG KEMUNCAK KARDIOLOGI BORNEO II 2024 DI HOTEL PULLMAN, MIRI

27 Julai 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Sidang Kemuncak Kardiologi Borneo II 2024 di Hotel Pullman, Miri.

Majlis ini berlangsung selama dua hari dan dihadiri seramai 250 peserta dari dalam dan luar negara yang terdiri daripada pakar kardiologi, pakar perubatan am dan lain-lain lagi. Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Am Hospital Miri dan peneraju bidang kardiologi seperti Institut Jantung Negara dan Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan meluaskan pengetahuan tentang penyakit kardiovaskular serta risiko penyakit tersebut.

Penyakit kardiovaskular di Malaysia terus meningkat setiap tahun. Lebih ramai rakyat Malaysia didiagnosis menghidap penyakit kardiovaskular dengan gejala awal dan ramai juga yang mengalami sindrom koronari akut dalam kalangan usia 50 tahun dan ke bawah. Pada tahun 2019, penyakit kardiovaskular merupakan punca utama kematian dan menduduki tempat keempat bagi punca kemasukan pesakit ke hospital di hospital-hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

KKM bersama Akademi Perubatan Malaysia dan Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia telah mengeluarkan Garis Panduan Amalan Klinikal Pencegahan Penyakit Kardiovaskular Primer dan Sekunder 2017 sebagai menyahut cabaran global dalam memerangi penyakit tidak berjangkit amnya dan penyakit kardiovaskular khususnya. Selain itu, Garis Panduan Amalan Klinikal mengenai Pengurusan Strok Iskemik 2020 dibangunkan bagi mengatasi penyakit tersebut.

Turut hadir, YBrs. Dr. Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri, YBrs. Dr. Noor Yuhyi Sulaiman, Pakar Klinikal Kardiologi, Institut Jantung Negara dan YBrs. Dr. Desmond Samuel, Ketua Jabatan Perubatan Am, Hospital Miri.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-06 11:21:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page