MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PEMBUKAAN DAN ‘FLAG OFF’ SEPEDA AMAL BORNEO 2024 DI HOTEL PULLMAN MIRI

28 Julai 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Pembukaan dan ‘Flag Off’ Sepeda Amal Borneo 2024 bertempat di Hotel Pullman Miri.

Sepeda Amal Borneo adalah satu acara amal berbasikal anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dengan kerjasama Yayasan ‘Removing Obstacles to Cervical Screening’ (ROSE). Pada edisi kali ini, seramai tujuh (7) penunggang basikal akan merentasi jarak kira-kira 800 kilometer dari Miri ke Kuching, Sarawak bermula 28 Julai hingga 3 Ogos untuk mengumpul dana bagi Program ROSE. Dana yang terkumpul akan digunakan untuk program kesedaran dan saringan Kanser Serviks yang dikendalikan oleh ROSE di Kapit, Miri, Bintulu, Kuching dan Puncak Borneo. Sehingga kini, Program ROSE telah menyaring lebih 27,000 wanita di seluruh negara untuk saringan Kanser Serviks.

Kanser Serviks telah mendapat perhatian khusus kesihatan awam di seluruh dunia. Di Malaysia, Kanser Serviks merupakan kanser ketiga paling biasa dalam kalangan wanita dan Sarawak mencatatkan kadar kes Kanser Serviks tertinggi iaitu 12.1 orang bagi setiap 100,000 penduduk. Ini melebihi kadar kes nasional yang dianggarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 10.2 orang bagi setiap 100,000 penduduk. Kesedaran mengenai Kanser Serviks boleh menyelamatkan nyawa kerana kanser ini boleh dicegah dan dirawat jika membuat saringan dan dikesan lebih awal.

Malaysia komited ke arah memerangi Kanser Serviks dengan pelancaran Pelan Tindakan Ke arah Penghapusan Kanser Serviks di Malaysia 2021-2030. Ini adalah rangka kerja yang merangkumi matlamat dan sasaran untuk meningkatkan vaksinasi HPV, pengukuhan saringan Kanser Serviks serta rawatan pra kanser dan kanser. Kementerian Kesihatan Malaysia antara negara perintis di Asia yang menyediakan saringan HPV secara percuma untuk semua wanita warganegara Malaysia dan ujian saringan HPV kini boleh didapati di hampir seluruh Klinik Kesihatan di seluruh Malaysia.

Turut hadir, YB Tuan Adam Yii Siew Sang, Datuk Bandar Miri, YBhg. Dato' Dr Kalwinder Khaira, Presiden Terpilih MMA, YBrs. Puan Choo Yit Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan ROSE, YBrs. Dr Jack Wong Siew Yu, Pengarah Hospital Miri dan YBrs. Dr. Raviwharmman Packierisamy, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri.

#KKMPrihatin

#KKMSihat

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-06 11:28:50 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page