MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

ISTIADAT PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI PAHLAWAN 2024 DI DATARAN PAHLAWAN PUTRAJAYA.

31 Julai 2024- Setiap tahun pada 31 Julai, Hari Pahlawan disambut bagi memperingati dedikasi dan pengorbanan pasukan keselamatan dalam memartabatkan kemakmuran dan kemerdekaan negara.

KDMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan sambutan ini. Selain itu, Istiadat ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan ahli Jemaah Menteri yang lain.

Istiadat sambutan yang dinaungi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini berkonsepkan perbarisan statik melibatkan empat (4) detasemen terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM, Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) dan Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Acara dimulakan dengan persembahan lagu Negaraku, diiringi 21 das tembakan meriam yang disempurnakan oleh Mejar Hafizan Mat Ghani daripada 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat). Persembahan pantomim khas bertajuk "Ops Subuh" oleh PDRM dan ATM berkisarkan tragedi berdarah yang berlaku pada 6 Julai 2000 memperhebatkan sambutan Hari Pahlawan.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-06 11:39:44 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page