MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) JERAM TEKOH, GUA MUSANG, KELANTAN.

1 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Klinik Kesihatan (KK) Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan. KK Jeram Tekoh merupakan destinasi pertama dalam lawatan seharian beliau ke Jajahan Gua Musang.

Tujuan utama lawatan ke beberapa fasiliti-fasiliti kesihatan di Jajahan Gua Musang ini diadakan adalah untuk mendapatkan gambaran sepenuhnya bagi meningkatkan infrastruktur dan kemudahan perkhidmatan serta fasiliti kesihatan untuk keselesaan penduduk di Gua Musang.

 

KK Jeram Tekoh telah mula beroperasi sejak 19 Ogos 1992 dan purata kedatangan pesakit secara harian adalah dianggarkan seramai 110-120 orang.

Antara jenis perkhidmatan yang disediakan di KK ini adalah:

- Unit Pesakit luar;

- Unit kesihatan ibu dan anak;

- Farmasi;

- Makmal;

- Penjagaan domisiliari;

- Rawatan gantian methadone;

- Perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental; dan

- Perkhidmatan kecemasan dan ambulan.

 

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YB Puan Dr. Hafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama dan YBrs. Encik Zarir bin Yaakob, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Panel Penasihat Klinik Kesihatan Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-09 16:26:57 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page