MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN PROGRAM KEM KESIHATAN “KESIHATAN MINDA, KUNCI KESEJAHTERAAN WARGA EMAS” DI DEWAN KOMUNITI JERAM TEKOH, GUA MUSANG, KELANTAN.

1 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah hadir merasmikan program Kem Kesihatan “Kesihatan Minda, Kunci Kesejahteraan Warga Emas” di Dewan Komuniti Jeram Tekoh, Gua Musang, Kelantan. Program ini merupakan destinasi kedua YB Menteri Kesihatan dalam sesi lawatan kerja rasmi beliau ke Jajahan Gua Musang.

Program Kem Kesihatan “Kesihatan Minda, Kunci Kesejahteraan Warga Emas” ini dianjurkan bersama dengan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Jeram Tekoh sebagai salah satu usaha murni Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi kesedaran kepada semua pihak berkenaan kepentingan menjaga kesihatan mental terutamanya bagi warga emas.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam laporan yang dikeluarkan pada tahun 2022 menjangkakan, Malaysia bakal menuju status negara tua menjelang tahun 2030 kelak. Hal ini akan menimbulkan pelbagai komplikasi kesihatan seperti penyakit demensia, yang boleh menjadi faktor risiko penurunan kesihatan mental seseorang.

Oleh itu, YB Menteri Kesihatan dalam ucapan beliau telah menyeru orang ramai supaya membantu warga emas yang ada di sekeliling kita dengan mempromosikan kesihatan mental yang positif serta membawa warga emas ini menjalani saringan kesihatan secara berkala.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBhg. Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR mewakili YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA, YB Tuan Mohd Syahbuddin bin Hashim, ADUN Galas, YB Dr Hafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama dan YBrs. Encik Zarir bin Yaakob, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Panel Penasihat Klinik Kesihatan Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-07 10:20:15 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page