MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) BERTAM BARU, GUA MUSANG, KELANTAN

1 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Klinik Kesihatan (KK) Bertam Baru, Gua Musang, Kelantan. KK Bertam Baru merupakan destinasi ketiga dalam lawatan seharian beliau ke Jajahan Gua Musang.

KK Bertam Baru ini telah mula beroperasi sejak tahun 1973 dan dianggarkan purata kedatangan pesakit adalah seramai 50-100 orang pesakit bagi penduduk setempat.

Antara jenis perkhidmatan yang disediakan di KK ini adalah:

- Unit Pesakit luar;

- Unit kesihatan ibu dan anak;

- Farmasi;

- Makmal;

- Fisioterapi;

- Penjagaan domisiliari;

- Klinik nutrisi;

- Klinik dietetik;

- Perkhidmatan kaunseling & psikologi;

- Perkhidmatan psikiatri dan kesihatan mental; dan

- Perkhidmatan kecemasan & ambulan.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBhg. Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR mewakili YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA, YB Mohd Syahbuddin bin Hashim, ADUN Galas, YB. Dr Hafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama dan YBrs. Encik Zarir bin Yaakob, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Panel Penasihat Klinik Kesihatan Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-08-09 16:28:32 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page