MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM JOM SIHAT “BADAN YANG CERGAS PEMANGKIN MINDA YANG SIHAT” DI DEWAN ORANG RAMAI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI KUALA LAH, KELANTAN

1 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah hadir merasmikan program Jom Sihat “Badan Yang Cergas Pemangkin Minda Yang Sihat” di Dewan Orang Ramai Perkampungan Orang Asli Kuala Lah, Kelantan. Program ini merupakan destinasi keempat YB Menteri Kesihatan dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Jajahan Gua Musang.

Program Jom Sihat ini merupakan anjuran Panel Penasihat Klinik Kesihatan (KK) Meranto yang bertemakan kesihatan mental dan juga pemakanan sihat, khususnya kepada komuniti orang asli di Kampung Kuala Lah.

Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan untuk menarik minat penduduk di sini untuk lebih cakna berkaitan penjagaan kesihatan seperti saringan kesihatan dan minda sihat, pertandingan sukan badminton, pertandingan boling kelapa dan “pocket talk” kesihatan mental.

YB Menteri Kesihatan juga turut berkesempatan untuk menyantuni penduduk setempat dan membuat lawatan serta memberikan sumbangan kepada penduduk asnaf di Kampung Kuala Lah.

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBhg. Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR mewakili YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA, YB Mohd Syahbuddin bin Hashim, ADUN Galas, YB. Dr Hafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama dan YBrs. Encik Zarir bin Yaakob, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Panel Penasihat Klinik Kesihatan Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-07 11:18:02 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page