MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) STAR, GUA MUSANG, KELANTAN

1 Ogos 2024-YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Klinik Kesihatan (KK) Star, Gua Musang, Kelantan. KK Star merupakan destinasi kelima dalam sesi lawatan seharian beliau ke Jajahan Gua Musang.

KK Star ini telah mula beroperasi sejak tahun 2022 dan purata kedatangan seharian ke KK ini juga dianggarkan dalam 27 orang. KK Star turut dibina dengan kuarters tersendiri bagi memudahkan pekerja kesihatan yang berkhidmat. Perkhidmatan kesihatan KK Star dapat memberi manfaat kepada lebih 1,500 orang penduduk di enam (6) buah kampung iaitu Kampung Kala, Kampung Star, Kampung Pulau Setelu, Kampung Kuala Tol, Kampung Prak dan Kampung Kuala Lah.

Antara jenis perkhidmatan yang disediakan di KK ini adalah:

- Unit Pesakit luar;

- Unit kesihatan ibu dan anak; dan

- Farmasi

Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBhg. Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR mewakili YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA, YB Mohd Syahbuddin bin Hashim, ADUN Galas, YB. Dr Hafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama dan YBrs. Encik Zarir bin Yaakob, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Panel Penasihat Klinik Kesihatan Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-09 16:30:18 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page