MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA RASMI YB MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL GUA MUSANG, KELANTAN

1 Ogos 2024-YB Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengakhiri lawatan kerja rasmi beliau ke Jajahan Gua Musang dengan melawat Hospital Gua Musang, Kelantan. Hospital Gua Musang merupakan lokasi ke 6 dan yang terakhir sepanjang lawatan beliau di Gua Musang, Kelantan.

Ketibaan YB Menteri Kesihatan telah disambut oleh Pengarah Hospital Gua Musang, YBrs. Dr. Muhd Rafiq bin Kasri. Sejurus ketibaan, YB Menteri Kesihatan telah dibawa melawat ke Pusat Perkhidmatan Radiologi di hospital tersebut yang mana pusat ini telah menerima kemudahan mesin imbasan CT (CT scan) yang baru beroperasi sejak 30 Jun 2024 yang lalu. YB Menteri Kesihatan juga telah diberikan taklimat mengenai status semasa dan perkembangan terkini Hospital Gua Musang.

Selari dengan perkembangan Hospital Gua Musang yang pada masa ini mempunyai sembilan (9) kepakaran, perkhidmatan imbasan CT ini dapat membantu menawarkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, khususnya bagi masyarakat di sekitar Gua Musang.

Dengan penerimaan mesin ini di Hospital Gua Musang, kini terdapat lima (5) buah hospital seliaan KKM di Kelantan yang mempunyai perkhidmatan imbasan CT termasuk Hospital Raja Perempuan Zainab II, Hospital Tanah Merah, Hospital Sultan Ismail Petra dan Hospital Kuala Krai. Kemudahan ini dapat menyumbang kepada usaha untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada komuniti dan keluarga (closer to community, closer to home) yang mana pesakit tidak perlu dirujuk kepada Hospital Sultan Ismail Petra yang jaraknya 115 km dari Gua Musang.

Turut hadir, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi Yunus, Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) KKM, YBhg. Datuk Dr Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBhg. Dato’ Dr Zaini bin Hussin, Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, YBhg. Datuk Wan Rakemi bin Wan Zahari, Ahli Lembaga Pengarah KESEDAR mewakili YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA, YB Mohd Syahbuddin bin Hashim, ADUN Galas, YB. Dr Hafidzah binti Mustakim, ADUN Kota Lama dan YBrs. Encik Zarir bin Yaakob, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Kelantan merangkap Setiausaha Panel Penasihat Klinik Kesihatan Malaysia.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-08-07 11:36:48 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page