MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MESYUARAT MAJLIS KESELAMATAN MAKANAN DAN PEMAKANAN KEBANGSAAN KE 17 (MKMPK-17) DI IBU PEJABAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

2 Ogos 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan ke 17 (MKMPK-17) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

MKMPK adalah badan penasihat tertinggi kepada kerajaan dalam segala hal berkaitan keselamatan makanan dan pemakanan negara.

Penubuhan MKMPK adalah bagi membentuk dan mempertingkatkan kerjasama dan penyelarasan antara semua agensi yang terlibat di rantaian bekalan makanan bagi menghadapi cabaran-cabaran baru dalam keselamatan makanan dan pemakanan tempatan, serantau dan antarabangsa.

Mesyuarat MKMPK-17 yang dihadiri oleh 18 wakil Kementerian dan empat (4) wakil pertubuhan bukan kerajaan ini telah bersetuju dengan usul pelaksanaan Kerangka Holistik Makmal Analisis Makanan Negara bagi memperkukuhkan keupayaan analisis makanan negara untuk memenuhi perundangan negara, mempersiapkan negara dalam menangani krisis keselamatan makanan, yang mana akan memantapkan lagi jalinan kerjasama agensi, institusi pengajian tinggi dan makmal swasta.

Selain itu, mesyuarat turut bersetuju dengan usul bagi mempertingkatkan pelaksanaan penandaan kalori pada menu secara sukarela, khususnya di rangkaian restoran berdasarkan kajian rintis berkaitan perspektif pengguna dan perkhidmatan makanan yang dijalankan di Putrajaya.

Mesyuarat turut dimaklumkan mengenai hasil pelaksanaan total diet study di Malaysia, inisiatif dan strategi mengurangkan pengambilan asid lemak trans di kalangan rakyat Malaysia, pemantauan kandungan omega dalam telur ayam di pasaran tempatan serta kajian pakar dan cadangan strategi pencegahan obesiti di Malaysia.

YB Menteri Kesihatan turut melancarkan portal Aspirasi Pemakanan Rakyat (ASPERA) bertujuan untuk mengumpulkan maklumat, cadangan dan idea daripada seluruh peringkat masyarakat bagi pembangunan Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia Keempat 2026 - 2030.

Orang ramai boleh memberikan cadangan atau idea melalui portal ASPERA di pautan https://sites.google.com/moh.gov.my/aspera/laman-utama bermula 2 Ogos sehingga 31 Disember 2024.

#KKMPrihatin 

#KKMSihat 

#MalaysiaMadani

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-08-07 11:59:08 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page